mygr-198_aff-970x90_orintexmicrosoft-2_19102016

“Lembap betul la Hospital nie dah sejam tunggu tak dipanggil-panggil…  Ini la services kerajaan..”

Pernah tak dengar orang mengeluh tentang klinik atau hospital kerajaan nie… biasalah manusia.. ada je yg tak puas hati. Macam – macam sumpah seranah yang keluar. ada sesetengah tu bila tak puas hati je viralkan.. pastu tukang tokok tambah pun komen.. menambah-nambahkan lagi cerita sensasi.. Kalau komen-komen yang murni tak pe la jugak… buat yang bersabar dan berfikiran positif, Alhamdulillah…

Petang ini teman ada kesempatan hantar mak mertua teman ke klinik. Mak mertua teman nie ada temujanji dgn Doktor. Boleh di katankan setiap bulan datang ambil ubat dan selang beberapa bulan kena jumpa doktor.

Lama teman menunggu sebelum dipanggil ke bilik doktor. Setelah teman keluar dari bilik doktor, masih ramai lagi yang menunggu. Orang sama-saman daftar pun masih ada lagi.

Semasa temankan emak tadi, teman lihat cara kerja doktor yang dibantu dengan MA. Dengan cara berhikmah dia bertanya… bila pesakit bagi jawaban, dengan tekun doktor tulis maklumat. Satu persatu maklumat di rujuk supaya tak tersalah bagi dos ubat-ubatan. Tak jemu-jemu Doktor bagi nasihat tentang pemakanan. Agak lama juga la teman kat dalam bilik tu..

Doktor cuba bagi yang terbaik untuk pesakait. Baru lah teman faham mengapa kita lambat di panggal.  Harap bersabarlah wahai pesakit…

wp-image-405858165jpg.jpeg
List ubat yang diberi

Tak payah pening-pening kepala nak fahamkan apa yang MA tulis. Bagi je kat farmasi nanti farmasi terangkan la jenis ubat yg kena makan.

Masa Ma tengah liskan senarai ubat, teringat teman masa bawak anak teman tersepit pintu.

Teman bg tau kat Doktor.. “Doktor saya tak nak ubat Antibiotik ya..” terus Doktor jeling kat teman. Terus Doktor tu cakap “Biasanya jarang mak bapak tak nak ubat Antibiotik ni.. Biasanya mak bapak yg nak ubat tu walaupun Doktor tak nak bagi”

 

Bila teman tengok ubat-ubatan yang diberi, kembang tekak teman.. macam teman je yang kena telan. Agak-agak lah.. untuk seorang pesakit, berapa harga kos ubat-ubatan tu ya. sedangkan harga yang teman kena bayar ialah PERCUMA.

 

 

Advertisements