aff_970x90_jumpstart-your-year_131216Tempat yg teman kena singgah bila sampai alor serar ialah gerai iman koeyteow..

Punya la ramai orang sampai teman nak cari tempat duduk pun susah. Kedai 2 pintu selang beberapa kedai ada lagi kedai dia sepintu. Kedua2 dua kedai penuh dengan pelanggan. Tu tak kira lagi yg meja yg kat bawah pokok.

Koeyteow meleleh tu saja teman bagi gelaran. Mana tak nya, bila tengok telur goreng kat atas koeyteow tu  ada telur separuh masak. Jadi telur yg kuning nya tu meleleh ke bawah..

Masa order jgn lupa suruh bubuh telur. Nnti dia hantar koeytoew kerang pulak. Nak order sekali lagi makan masa yg lama..

Bila dah sekali ngap.. peerrhh dia punya telur goreng macam cair kat dalam mulut. Memang best. Klu boleh nak order sepingan lg. Tp kenangkan orang ramai sangat. Order sampai pun lambat tak jadi la teman nak order lagi.. Maklum la orang ramai sgt.

Harga sepingam lupa pulak nak tanya. Tapi teman order 3 pinggan dan 3 air teh ais semuanya hampir RM17.00++ kira boleh la.. memang best.. sedap sgtttt…

Advertisements