Buat org pantai timur mungkin dah biasa dengan warong pok nong atau sotong goreng celup tepong. Bg teman ini la kali pertama. Takjub betul. Sanggup teman beratuh panjang semata2 nak beli sotong tu. Dah alang2 sampai ke terengganu. Lepas ni tak tau bila lagi nak sampai sini.. Rasanya dalam sejam juga la teman berbaris.. fuhh..

Bila dah sampai baru terasa nikmatnya. Tu Belum lagi jamah dgn lahab sotong + udang + ikan tu..

Kadang2 terfikir.. depa yg beratuh nie harga tolak tepi. Janji makan.. bayar fikir kemudian..

Geram pulak tengok udang goreng ni. Dari penuh talam tu sampai tinggal separuh. Lepas habis datang lagi setalam. Yg lambatnya tunggu sotong goreng.

Punya la teman beratuh panjang bila order sotong tauke bagi tau sotong dah nak habis. Jadi setiap org kena catu nak bagi org belakang merasa. Kecewa betul. Asal nak oder 10 ekor yg dapat 3 pinggan utk 6 org makan je. Terpaksa top up udang. Tu pun puas merayu kat tauke. Nak ikutkan dia bagi 4 org makan je.

Harga teman beli semalam, udang 50 ekor RM50.. sotong RM50 jumlah RM100. Puas hati teman cuti-cuti malaysia kat sini.

Advertisements